Sesetengah daripada kita memandang "'enteng' dengan lauk basah yang dibekukan
terutamanya ikan frozen. Katanya ia tidak sesegar ikan fresh'. Tambahan pula harganya
boleh dikatakan lebih murah berbanding ikan segar.
Jangan tak tahu, kalau diambil kira, ikan frozen lebih tinggi kesegarannya berbanding ikan
segar dan jangan memperlekehnya. Nak tahu apa perbezaannya, ikuti ulasan ini.
Ikan Frozen 'Dibeku Kilas'
1. Pembeli cenderung memilih untuk membeli ikan segar berbanding ikan beku kerana
memikirkan a lebih berkhasiat namun in tidak semestinya benar. Walaupun mungkin
sesetengah nutrien hilang semasa proses nyahbeku tetapi jumlahnya sangatlah sedikit.
Selalunya, ikan yang diternak untuk dibekukan dibekukan dalam masa beberapa jam
selepas keluar dari air, yang membolehkan ikan tersebut mengekalkan seberapa banyak
nutrien seperti ikan segar.
2. Proses pembekuan kilas bermakna ikan akan dibekukan dengan cepat tatkala di puncak
kesegarannya. Ini dicapai dengan segera membekukan ikan tersebut pada suhu rendah
untuk mengelakkan pembentukan kristal ais supaya kualitinya dapat dikekalkan
Ikan yang dikilas beku dapat mengekalkan segala nutrien, kelembapan dan rasanya yang
hebat. Meminimumkan masa antara penangkapan dan pembekuan, menghalang
kemerosotan kualiti yang secara semula jadi bermula ketika makanan laut terdedah kepada
udara. Sebaik sahaja anda telah membeli Tilapia beku, pastikan anda menyimpannya di
tempt beku sehingga anda bersedia untuk menggunakannya. Kemudian, nyahbeku ikan
tersebut dengan membilas di bawah air sejuk dan masak dengan segera.
3. Ikan yang "fresh" pula, mempunyai jangka masa yang lebih kecil, untuk disimpan tanpa
rosak berbanding dengan ikan beku. Ramai antara kita yang membeli ikan segar tetapi
tidak memasaknya pada hari yang sama ketika dibeli, lalu menyimpankan dalam peti sejuk
beku.
Tahap kesegaran ikan ini tidak dapat menandingi ikan "frozen" yang dibeku kilas; ini kerana
tempoh mati ikan segar sebelum dibekukan di peti sejuk beku rumah sendiri jauh lebih
panjang berbanding tempoh mati ikan yang dibeku kilas. Ikan "frozen", sejurus ditangkap,
akan disiang, dibuang organ dalaman, dibersihkan, divakumkan dan terus dibekukan
secara pantas pada suhu -18 darjah Celcius ke bawah.
Sumber : Mingguan Wanita